Isnin, 15 September 2014

Pengalaman ku dengan 'dunia' lain

     Hari ni hujan turun dari pagi di kawasan rumah aku. Dalam duk syok memalaskan diri, tiba-tiba kenangan zaman dulu-dulu bersangkut dengan makhluk dari alam lain datang melintas. Apa yg aku nak ceritakan di sini adalah pengalaman sebenar aku zaman kanak-kanak yg telah aku alami sendiri....terserah pembaca untuk percaya atau tidak.
     Aku mula berkenalan dengan makhluk dari dunia lain ni pertama kali waktu usiaku baru menjejak 6 tahun. Aku pun dah lupa bila tarikh kejadian tapi dengan adanya dua lagi makhluk dipanggil manusia sebagai saksi yg masih hidup (abang dan adik perempuanku) sementara arwah ibu tercinta yg turut berada di situ telah pun meninggalkan kami beberapa tahun yg lalu (2009). Masih terbayang waktu tu sekitar jam tujuh petang lebih kami bertiga sedang asyik mandi manda di dalam bilik mandi disebuah rumah kuarters tentera (bapakku seorang bekas perajurit)  di sebuah kem tentera di kawasan Kuala Lumpur sambil arwah ibu sedang meleteri kami yg masih seronok bermain air serasa macam di 'swimming pool' je...tiba-tiba terdengar ketukan di pintu luar bertalu-talu sambil ada suara yg memanggil kami untuk membuka pintu. Kami tiga beradik dan arwah ibu... terdiam semuanya. Bila diam, suasana hiruk pikuk kami berpesta air diganti dengan keheningan sambil ketukan dan suara yg menyuruh kami membuka pintu masih terlaung di luar. 
      Pada waktu itu bapa sebenarnya sedang menjalankan tugasnya sebagai perajurit negara di daerah lain yang aku pun dah tak ingat. Arwah ibu memanggil kami bertiga...menyuruh kami melihat siapa yg datang itu melalui tingkap kaca...aku dan abangku yg sulung pun melangkah setapak demi setapak menghampiri tingkap untuk melihat siapakah sebenarnya yg ada di luar rumah maghrib-maghrib begini. Masih terdengar suara lelaki yg berkata "buka pintu ni, ayah balik!". Pada waktu itulah arwah ibu datang dan bertanya..."siapa tu?", sedang kami masih berdiri di tepi pintu berhadapan dengan tingkap. Pada waktu itulah abangku membuka tingkap 'naco' sedikit untuk kami dapat melihat melalui celah tingkap tersebut. Percaya atau tidak pada waktu itu tidak terdapat siapa-siapa pun yg berdiri di luar pintu. Yang menghairankan....kami dapat mendengar dengan jelas suara yg masih berkata supaya kami membuka pintu dengan cepat. 
    Arwah ibu terkejut bila kami katakan bahawa tiada sesiapa di luar rumah menyebabkan dia turut menjengukkan kepala untuk melihat dengan matanya sendiri. Tiba-tiba arwah ibu menarik tangan kami bertiga dan lari ke dalam bilik. Di dalam bilik arwah ibu mengetuk dinding rumah sambil berteriak memanggil jiran sebelah. Untuk pengetahuan pembaca, pada waktu itu kuarters tentera masih lagi terdiri dari bangunan-bangunan diperbuat dari kayu. Untung jiran sebelah segera menyahut dan masih aku ingat pesanan mereka supaya jangan sesekali membuka pintu rumah. 
     Akhirnya kami berempat mengunci pintu bilik dan membiarkan saja makhluk yang di luar terus berteriak dan mengetuk pintu tersebut. Kurang lebih 10 minit ketukan dan suara itu masih terdengar dan akhirnya sesudah itu suasana kembali menjadi hening. Sudahnya pada malam itu, jiran sebelah yang baik hati menawarkan kami untuk bermalam di rumahnya sahaja pada malam itu. Satu tawaran yang arwah ibu segera menerimanya. Sejak dari malam itulah aku mula percaya bahawa masih ada makhluk lain yg turut berkongsi dunia yang kita manusia mendiaminya.  Makhluk yang tak dapat dilihat dengan mata kasar...yang beberapa tahun kemudian barulah aku tahu inilah makhluk yg kita selalu namakan sebagau "makhluk halus". Pada waktu kejadian   ini berlaku sedang heboh dengan tersiarnya berita  tentang gangguan " Hantu Loceng dan Hantu Stoking" disebuah kem tentera, saya pasti ada antara anda yang masih mengingatinya. Wallahualam...