Assalamualaikum wr.wb.,
Lama tak melawat halaman aku sendiri ni, sibuk dengan urusan dunia yang banyak membuat aku jadi lalai. Maklumlah sebagai salah seorang yang ditakdirkan untuk hidup di akhir zaman, penuh dugaan yang turut merisaukan junjungan kita umat Islam Muhamad SAW yang...apakah sanggup kita hadapi semua ujian dan dugaan Allah buat kita sebagai umat paling akhir.
Salah satu kesukaan aku bila menatap "You Tube" ialah melihat siri ceramah yg diadakan oleh seorang pakar ilmu akhir zaman (menurut pandangan Islam) iaitu Sheikh Imran Hossein. Bagiku tugas dan
peranan beliau sungguh sesuatu yang amat suci yang telah membuat aku betul-betul jadi sedar besarnya dugaan kita sebagai hamba Allah di akhir dunia ini. Beliau amat aku kagumi, kesungguhan dan kesabaran beliau menghadapi semua cabaran buat aku tunduk. Moga Allah memberi rahmat dan berkat atas semua usahanya, amin.
Betapa besarnya dugaan kita sebagai umat terakhir cukup jelas dikupas oleh Tuan Sheikh kita dalam syarahan2 yg dia adakan. Antara yang mengejutkan
ialah ramalan beliau berdasarkan tanda dan alamat yang ada sekarang tentang perang nuklear
yang sangat hampir. Nasihat beliau bagi mereka yang ingin menyelamat diri dan keluarga ialah membawa diri serta keluarga jauh dari kota dan bandar-bandar besar menuju ke pedalaman dan menyiapkan persediaan makanan secukupnya kerana menurut beliau (berdasarkan dalil-dalil yang terdapat di dalam al-Quran) setiap kota yang ada di muka bumi tidak ada yang terselamat kecuali kota-kota yang dilindungi Allah.
Secara dasarnya beliau menyatakan bahawa terdapat banyak ilmu mengenai dunia akhir zaman yang tercantum di dalam surah al-Kahfi. Untuk mengetahui lebih jelas mengenai isi syarahan beliau berikut aku sertakan beberapa pautan untuk anda dapat melihat sendiri apa nasihat beliau buat renungan kita umat di akhir zaman ini.
Moga mendapat ilmu dan faedah buat kita semua, insyaAllah.
Perang dunia dan tanda-tanda
akhir zaman.
Persediaan untuk menghadapi perang akhir zaman