Assalamualaikum wr.wb.,
Lama tak melawat halaman aku sendiri ni, sibuk dengan urusan dunia yang banyak membuat aku jadi lalai. Maklumlah sebagai salah seorang yang ditakdirkan untuk hidup di akhir zaman, penuh dugaan yang turut merisaukan junjungan kita umat Islam Muhamad SAW yang...apakah sanggup kita hadapi semua ujian dan dugaan Allah buat kita sebagai umat paling akhir.
Salah satu kesukaan aku bila menatap "You Tube" ialah melihat siri ceramah yg diadakan oleh seorang pakar ilmu akhir zaman (menurut pandangan Islam) iaitu Sheikh Imran Hossein. Bagiku tugas dan
peranan beliau sungguh sesuatu yang amat suci yang telah membuat aku betul-betul jadi sedar besarnya dugaan kita sebagai hamba Allah di akhir dunia ini. Beliau amat aku kagumi, kesungguhan dan kesabaran beliau menghadapi semua cabaran buat aku tunduk. Moga Allah memberi rahmat dan berkat atas semua usahanya, amin.
Betapa besarnya dugaan kita sebagai umat terakhir cukup jelas dikupas oleh Tuan Sheikh kita dalam syarahan2 yg dia adakan. Antara yang mengejutkan
ialah ramalan beliau berdasarkan tanda dan alamat yang ada sekarang tentang perang nuklear
yang sangat hampir. Nasihat beliau bagi mereka yang ingin menyelamat diri dan keluarga ialah membawa diri serta keluarga jauh dari kota dan bandar-bandar besar menuju ke pedalaman dan menyiapkan persediaan makanan secukupnya kerana menurut beliau (berdasarkan dalil-dalil yang terdapat di dalam al-Quran) setiap kota yang ada di muka bumi tidak ada yang terselamat kecuali kota-kota yang dilindungi Allah.
Secara dasarnya beliau menyatakan bahawa terdapat banyak ilmu mengenai dunia akhir zaman yang tercantum di dalam surah al-Kahfi. Untuk mengetahui lebih jelas mengenai isi syarahan beliau berikut aku sertakan beberapa pautan untuk anda dapat melihat sendiri apa nasihat beliau buat renungan kita umat di akhir zaman ini.
Moga mendapat ilmu dan faedah buat kita semua, insyaAllah.
Perang dunia dan tanda-tanda
akhir zaman.
Persediaan untuk menghadapi perang akhir zaman
KuBukanSesiapa
Selasa, 12 Mei 2015
Sabtu, 25 Oktober 2014
Hantu di rumah sewa Seberang Jaya
Peristiwa ini berlaku sekitar tahun 2007/08 yg mana pada waktu itu aku menyewa di salah sebuah taman perumahan di Seberang Jaya, Pulau Pinang. Di jalan yg kami diami ada sebuah rumah yg selama bertahun aku tinggal di area situ semenjak dari aku bujang sampailah aku mendirikan rumahtangga, rumah itu selalu dibiarkan kosong tak terurus. Rumah tersebut betul-betul menghadap ke lorong kecil yg menuju ke S.K.Seberang Jaya. Kebetulan di lorong belakang abang kandung ku yg menyewa di sana bersama anak isterinya.
Pada masa kejadian ini berlaku masih jelas masa tu aku bersama isteri baru saja sampai dari kg di Pantai Timur sana sekitar pukul 3 pagi. Sepanjang jalan dari kg sampailah ke Seberang Jaya hujan renyai tak berhenti turun. Pada waktu keretaku melalui depan rumah tersebut yg cuma berselang 3 biji rumah dari rumah kami, aku sambil tersenyum melihat rumah itu terang benderang dengan kelihatan dua tiga org anak muda sedang sibuk mengangkat dan menyusun barang2 yg ada di luar rumah."Oh...baru pindah kot", aku berkata pada isteri aku yg baru terbangun dr lena.
Sesampai di rumah kami, selepas mengangkat barang2 dari kereta masuk ke dalam rumah terus aku ke bilik air utk mandi bagi menyegarkan badan sebab aku takut kalau la ikutkan mata utk tidur, maunya nanti dah cerah hari baru aku bangun. Sayang aku nak lepaskan subuh yg dh dekat dah pun. Sambil menunggu waktu subuh sampai, aku dengan cuma berseluar pendek 3/4 dan t-shirt duduklah berehat sambil membaca satu dua majalah Perajurit kegemaran ku dalam bilik.
Tiba-tiba telinga ku terdengar laungan azan. "Eh...sapa yg azan time ni? Subuh tak masuk lagi la...baru pukul 4 lebih..", aku tanya isteri aku yg dijawabnya mudah.. " tak tau!". Tak lama selepas tu...terdengar lagi azan dilaungkan. "Eh...rasanya bunyi azan dekat-dekat sini ja...". Aku pun bagitahu isteri aku yg aku nk keluar tengok siapa yg azan tu. Sampai di pintu rumah, aku nampak budak-budak muda tadi yg sedang melaungkan azan. Kalau tak salah aku mereka berenam...dan semuanya ada di luar rumah. Aku pun bergegas ke rumah tu... sambil memberi salam aku tanya mereka kenapa laung azan. Dan jawapan yg aku dapat dari mereka ialah... " ada hantu bang dalam rumah ni!". Sambil senyum-senyum aku perkenalkan diri aku sebagai jiran mereka dan baru sampai dari kg.
"Hangpa nampak apa?". Aku bertanya pada mereka yg semuanya menunjukkan wajah cemas malah ada yg dah pucat. Ada seorang yg memakai songkok dan seorang lagi berkopiah.
"Ada kelibat lelaki tak berbaju datang dari arah dapur masuk ke bilik belakang bang". Itu jawapan yg mereka beri." Bila kami tengok ke bilik tu...takda orang pun bang", sambung salah seorang dari mereka.
"Lepas tu pintu bilik air duk buka katup ja bang...bila kami tutup. Satgi terbuka balik...siap ada bunyi lagi bang".
" Eh hangpa baru pindah kan? Mana mak ayah hangpa?"
"Kami dari Taiping bang, bapak saya dapat kerja baru kat sini jadi kami pindah lah ke mari. Esok baru depa sampai. Kami ni datang nk angkat barang, depa ni kawan-kawan kolej saya", kata salah seorang dari budak-budak tu.
" Abg nak minta izin nk masuk tengok dalam boleh kan?"
"Jangan bang, ada hantu."
"Hantu ni kalau kita tunjuk yg kita ni takut dengan dia, lagi seronok la dia nak mengacau", kata aku sambil melangkah untuk masuk ke rumah tersebut. Selepas bagi salam dan membaca satu dua ayat-ayat suci al-Quran sebagai memohon perlindungan diri dari Yang Maha Kuasa, aku mula melangkah sambil diikuti oleh pemuda yg bersongkok. Teman-teman dia yang lain semua masih tak bergerak cuma memerhatikan kami dari luar rumah.
" Pintu ni ke yg terbuka dan tertutup sendiri tu?", kata aku di depan pintu bilik air yg masih terbuka luas.
"Ya bang" jawab mamat bersongkok tu.
Aku terus menutup balik pintu tu dan menguncinya dengan mengikat tali yg memang sedia ada di pintu tersebut sambil mulut ku berkata, "lain kali tutup kena ikat balik pintu ni...td hangpa tak ikat...senang terbuka katup kena angin".
Sesudah itu aku pun menuju ke bilik belakang sambil terus diekori mamat tu haa... Lampu dah terpasang dan rumah tu pun memang baru dicat oleh tuan rumah. ...warna putih. Selepas pasti tiada apa yg perlu ditakutkan aku berjalan ke sofa yg dah tersusun di ruang tamu sambil menyuruh mereka yg lain masuk.
" Okla...abg temankan hangpa sampai azan subuh, pastu abg nk balik rumah abg depan tu. Mai la duk dalam...". Setelah semua masuk, kami pun mula bersembang ke sana ke mari seolah-olah tiada apa masalah pun yg berlaku dlm rumah tu. Tengah rancak bergossip... berkumandanglah suara mengaji yg dilaungkan dr masjid Seberang Jaya yg terletak tak berapa jauh pun dari rumah kami menandakan waktu subuh dekat dah. Pintu bilik air dah tak terbuka, mungkin sebab dah terikat. Aku pun bangkit dan berkata nak tengok bilik belakang tu sekali lagi... Kami pun masuk lah ke bilik tu beramai-ramai. Masuk-masuk je ke dalam bilik tu...semua menjerit (kecuali aku sorang ja...cool...haha). Nak tahu apa yang kami nampak? Betul-betul di dinding yg baru dicat putih tu ada bekas tapak kaki 3 pasang, yg besar...sedang dan kecil sangat...macam tapak kaki budak umur 2,3 tahun. Bekas tapak kaki tu jelas terpampang depan mata kami di dinding yg putih seputih kapas...dan tapak kaki tersebut bergerak dari bawah sampailah ke siling dan hilang di situ... Maknanya hantu tu berjalan cam spiderman kat dinding tu...
"Dia nak bagitahu kita yg dia ada kat sini", itu yg aku katakan kepada budak-budak muda tu. Selepas tu kami pun keluar dan berkumpul di depan rumah. Memandangkan subuh dah masuk, seperti yg aku dah bagitahu mereka sebelum ni...aku pun minta izin untuk balik ke rumah dahulu.
Sambil meninggalkan nombor telefon aku pun bercerita la yg rumah tu dh bertahun tak berpenghuni. Orang-orang area sini dah banyak yg bercakap pasal rumah tu....rumah berhantu. Dari info yang aku dapat selepas kejadian tu...ada yg mengatakan dulu rumah tersebut dihuni oleh sepasang suami isteri dan seorang budak lelaki anak mereka yg berketurunan India. Dan mereka mengatakan yg ketiga-tiga org ini ditemui mati di dalam rumah tersebut... mati disebabkan bunuh diri. Wallahualam...aku pun tak pasti benar atau salah.
Yang aku tau pasti, esoknya mereka angkat balik barang mereka dan tak jadi berpindah ke rumah tersebut. Dan aku rasa itu tindakan terbaik buat mereka. Sampai ke hari ini aku tak pernah dihubungi oleh mereka walau aku dah bagi pun no handphone aku. Seandainya ada antara mereka ni yg terbaca kisah ni.. Aku harap sangat utk hubungi aku..bukan apapun...sebab aku masih tertanya-tanya apa kesudahan sebenar yg terjadi pada mereka hari tu....mcm tergantung ja dlm kepala aku. Untuk pengetahuan pembaca...rumah yg aku maksudkan ni...beberapa bulan selepas peristiwa tersebut, dahpun dihuni oleh satu keluarga india...mungkin tuan rumah sayang sebab dah perbaiki dan dicat baru takkan nak biarkan kosong mcm dulu balik. Yg aku tahu...keluarga ni pun bukan selalu ada kat rumah tu. Dalam sebulan dua bulan sekali kelihatan batang hidung depa yg mancung tu kat situ.
p/s: aku sampai ke hari ni masih lagi berguru...menuntut ilmu dunia dan akhirat yg takkan pernah habis. Pada waktu kejadian tu, aku sedang bersemangat menuntut ilmu... Haha...sebenarnya tujuan aku bgtahu tu...apapun yg kita alami... Pergunakanlah ilmu yg ada dan jangan sesekali melakukan pekerjaan tanpa ilmu. Kalau memang kita takda ilmu tentang sesuatu...jangan nak berlagak pandai.
Lebih baik mengaku jer...tak reti. Bukan nya kena bayar pun kalau ngaku...
Wallahualam....

Isnin, 15 September 2014
Pengalaman ku dengan 'dunia' lain
Hari ni hujan turun dari pagi di kawasan rumah aku. Dalam duk syok memalaskan diri, tiba-tiba kenangan zaman dulu-dulu bersangkut dengan makhluk dari alam lain datang melintas. Apa yg aku nak ceritakan di sini adalah pengalaman sebenar aku zaman kanak-kanak yg telah aku alami sendiri....terserah pembaca untuk percaya atau tidak.
Aku mula berkenalan dengan makhluk dari dunia lain ni pertama kali waktu usiaku baru menjejak 6 tahun. Aku pun dah lupa bila tarikh kejadian tapi dengan adanya dua lagi makhluk dipanggil manusia sebagai saksi yg masih hidup (abang dan adik perempuanku) sementara arwah ibu tercinta yg turut berada di situ telah pun meninggalkan kami beberapa tahun yg lalu (2009). Masih terbayang waktu tu sekitar jam tujuh petang lebih kami bertiga sedang asyik mandi manda di dalam bilik mandi disebuah rumah kuarters tentera (bapakku seorang bekas perajurit) di sebuah kem tentera di kawasan Kuala Lumpur sambil arwah ibu sedang meleteri kami yg masih seronok bermain air serasa macam di 'swimming pool' je...tiba-tiba terdengar ketukan di pintu luar bertalu-talu sambil ada suara yg memanggil kami untuk membuka pintu. Kami tiga beradik dan arwah ibu... terdiam semuanya. Bila diam, suasana hiruk pikuk kami berpesta air diganti dengan keheningan sambil ketukan dan suara yg menyuruh kami membuka pintu masih terlaung di luar.
Pada waktu itu bapa sebenarnya sedang menjalankan tugasnya sebagai perajurit negara di daerah lain yang aku pun dah tak ingat. Arwah ibu memanggil kami bertiga...menyuruh kami melihat siapa yg datang itu melalui tingkap kaca...aku dan abangku yg sulung pun melangkah setapak demi setapak menghampiri tingkap untuk melihat siapakah sebenarnya yg ada di luar rumah maghrib-maghrib begini. Masih terdengar suara lelaki yg berkata "buka pintu ni, ayah balik!". Pada waktu itulah arwah ibu datang dan bertanya..."siapa tu?", sedang kami masih berdiri di tepi pintu berhadapan dengan tingkap. Pada waktu itulah abangku membuka tingkap 'naco' sedikit untuk kami dapat melihat melalui celah tingkap tersebut. Percaya atau tidak pada waktu itu tidak terdapat siapa-siapa pun yg berdiri di luar pintu. Yang menghairankan....kami dapat mendengar dengan jelas suara yg masih berkata supaya kami membuka pintu dengan cepat.
Arwah ibu terkejut bila kami katakan bahawa tiada sesiapa di luar rumah menyebabkan dia turut menjengukkan kepala untuk melihat dengan matanya sendiri. Tiba-tiba arwah ibu menarik tangan kami bertiga dan lari ke dalam bilik. Di dalam bilik arwah ibu mengetuk dinding rumah sambil berteriak memanggil jiran sebelah. Untuk pengetahuan pembaca, pada waktu itu kuarters tentera masih lagi terdiri dari bangunan-bangunan diperbuat dari kayu. Untung jiran sebelah segera menyahut dan masih aku ingat pesanan mereka supaya jangan sesekali membuka pintu rumah.
Akhirnya kami berempat mengunci pintu bilik dan membiarkan saja makhluk yang di luar terus berteriak dan mengetuk pintu tersebut. Kurang lebih 10 minit ketukan dan suara itu masih terdengar dan akhirnya sesudah itu suasana kembali menjadi hening. Sudahnya pada malam itu, jiran sebelah yang baik hati menawarkan kami untuk bermalam di rumahnya sahaja pada malam itu. Satu tawaran yang arwah ibu segera menerimanya. Sejak dari malam itulah aku mula percaya bahawa masih ada makhluk lain yg turut berkongsi dunia yang kita manusia mendiaminya. Makhluk yang tak dapat dilihat dengan mata kasar...yang beberapa tahun kemudian barulah aku tahu inilah makhluk yg kita selalu namakan sebagau "makhluk halus". Pada waktu kejadian ini berlaku sedang heboh dengan tersiarnya berita tentang gangguan " Hantu Loceng dan Hantu Stoking" disebuah kem tentera, saya pasti ada antara anda yang masih mengingatinya. Wallahualam...
Selasa, 19 Ogos 2014
MELAYU....betapa baiknya bangsaku.
Jam dh menunjukkan lewat pukul 6. Sambil merehatkan badan...tiba-tiba datang fikiran untuk menyambung catatanku yg sebelum ni. Terlintas beberapa pengalaman yg pernah aku sendiri alami yg kadang-kadang buat aku tertanya-tanya pada diri sendiri...biarlah pertanyaan tu aku simpan. Moga-moga ada antara sesiapa yg membaca catatanku kali ini memperoleh bayangan apa pertanyaan yg berlegar dalam kepalaku tersebut.
Pengalamanku selama 4 setengah tahun di negara seberang, Indonesia, banyak mengajarku erti sebenar tentang sebuah bangsa. Di sana, ada beribu dialek pertuturan namun mereka semua disatukan oleh satu bahasa nasional iaitu bahasa Indonesia. Tiada keturunan Cina atau India yg mempunyai nama seperti keturunan yg sama di Malaysia. Maksudku, keturunan Cina maupun India di sana akan tetap mempunyai nama yg bercirikan bangsa Indonesia. Contoh yg selalu kita dengar...Ardi Wiranata dan Rudy Hartono, dua tokoh dari sukan badminton yg terkenal dari negara tersebut. Mereka berketurunan Cina, tapi tiada yg dapat menduga jika dari nama mereka yg jelas-jelas tidak dapat dibezakan dengan Joko Suprianto dari segi ke-Indonesia-an nama mereka.
Pertama kali menjejakkan kaki ke sana saja aku dah terkedu. Teman-teman sekampus yg berketurunan Cina kadang-kadang pertuturan mereka dalam bahasa Indonesia lebih baik daripada kaum pribumi (bumiputera) yg turut menjadi sahabatku. Bandingkan di negara kita...hahahaha....seakan langit dan bumi je terasa bezanya (maaf kalau ada yg terasa tapi memang itulah kenyataannya situasi yg kita alami di Malaysia setiap hari). Sampai sempat terfikir olehku, masih ada yg boleh kita pelajari dari negara tetangga kita tersebut.
Pada suatu malam, sekitar selepas maghrib, aku dan beberapa kawan sepermainan berada di dalam sebuah kedai bakeri di kawasan taman perumahan yg aku tinggal (sekarang pun masih di situ juga). Kejadian ini berlaku sekitar 3 atau 4 tahun yg lalu. Sewaktu kami asyik bercerita tiba-tiba masuk segerombolan anak muda yg berketurunan bukan bumiputera masuk ke dalam kedai sambil membawa sebiji kek yg tertancap beberapa batang lilin di atasnya yg secara otomatik di kepalaku beranggapan mereka ini ingin menyambut hari lahir seorang antara mereka la kot. Tetapi kejadian yg berlaku selepas itu benar-benar membuat tanggapan aku selama ini berubah sampailah ke hari ini. Anak-anak muda tadi yg begitu ceria dan riuh bergurau senda antara mereka tiba-tiba terdiam dan saling memandang kami dan para pekerja yg ada. Salah seorang antara mereka ini bertanya "mana tauke?" dan dijawab oleh seorang pekerja "oh...ini kedai sudah tukar tauke. Sekarang orang melayu sudah beli ini kedai". Dan mereka, anak-anak muda tadi tanpa ada siapa yg bagi arahan terus mengangkat kek yg mereka bawa dan berlari keluar tanpa berkata apapun. Aneh kan? Tapi itulah kenyataan yg berlaku di Malaysia amnya...dan di Pulau Pinang khususnya.
Bukan maksudku untuk mengecilkan kempen dan program yg telah kerajaan selalu laungkan. Tapi adalah menjadi rahsia umum kita semua tahu yg semakin hari hubungan antara kaum di negara kita ini bukan sebenarnya mendekati apa yg dicapai Indonesia tetapi semakin menjauh. Mudah-mudahan Allah peliharakan kita semua dari sebarang kekacauan tetapi aku yakin seandainya kita masih memandang isu sebegini dengan berpura-pura tidak tahu atau memang tak mahu ambil tahu, lama kelamaan jurang antara kaum di negara kita akan semakin jauh sehinggalah nanti tidak mampu lagi kita rapatkan selain dari berlaku sesuatu aturan dari Yang Maha Kuasa yg dapat mengubah semuanya kembali ke asal seperti waktu mereka ini pertama kali datuk nenek mereka menjejakkan kaki di tanah tumpah darah orang Melayu ini.
Ingin sekali aku tanyakan pada mereka ini, tahu kah mereka bagaimana waktu pertama kali nenek moyang mereka menjejakkan kaki ke Tanah Melayu ini? Di mana nenek moyang mereka tinggal? Atas tanah siapakah rumah pertama mereka berdiri? Di mana pula mereka ini mencari sesuap nasi untuk mengisi perut mereka setiap hari? Tanyalah generasi anak muda ini, dapatkan jawapan dari mereka. Bukan maksudnya untuk mereka merasa dihina...tapi sekurang-kurangnya mereka sedar. Kalau dulu bangsaku ini jahat dan tidak berhati perut, apakah mungkin mereka mampu menjadi senang lenang seperti yg dikecapi anak cucu mereka ini...yang nampaknya sudah mula lupa akan asal usul mereka. Malah sudah pandai berkata-kata yg cukup kurang ajar seperti apa yg berlaku kepada seorang pegawai polis berketurunan melayu di lapangan terbang Bayan Lepas beberapa tahun yg lalu... "Ini negeri cina...polis melayu....bla...bla...". Nampak sangat mereka lupa bagaimana layanan bangsa Melayu waktu nenek moyang mereka pertama kali datang mencium tanah air orang Melayu ini...menadah tangan memohon rezeki dari tuan tanah pada waktu itu yg rata-ratanya adalah orang Melayu.
Sedarlah rakyat Malaysia walau dari mana asalmu, memang bangsa Melayu adalah bangsa yg cukup bermurah hati...bangsa yg selalu mengalah dan tidak membalas. Namun janganlah sesekali kami diinjak berterusan...sebab seandainya masih juga mereka lupa...suatu saat nanti, jangan pula mereka menyesali nasib mereka apabila bangsaku yg baik ini hilang kesabaran mereka akibat ulah anak cucu kaum yg dulu meminta simpati dari nenek moyang bangsa Melayu yg baik ini.
TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA
Wallahualam....
Ahad, 17 Ogos 2014
MERDEKA: Alangkah baiknya jika...
Salam...
Alhamdulillah kerana saya (sy) masih diberi kesempatan utk menulis sesuatu yg sebenarnya selalu ja bermain kat kepala sy ni.
Apa yg akan sy nyatakan pd catatan kali ini adalah pandangan peribadi sy dan dari pemerhatian sy yg dah lama terbuku dan terhimpit dalam dada ni...sampai kadang-kadang sesak dada ni ha...melihat sesuatu yg bagi sy yidak sepatutnya berlaku pada sebuah negara yg hampir 57 thn merdeka.
Merdeka. Satu kata nama yg sy rasa hampir semua orang yg pernah belajar bahasa Melayu/Malaysia akan faham akan ertinya yg tersurat. Persoalannya yg akan saya tulis di sini...merdeka kah kita dari ertikata yg tersirat? Saya tak berminat bercakap tentang isu politik kerana dari kecil sy telah menanamkan dalam jiwa sy betapa sistem politik yg kita amalkan adalah antara punca yg menyebabkan kita tak dapat menghalusi makna kemerdekaan itu sendiri. Pengalaman yg sy pernah alami sendiri di negeri 'Pulau Mutiara' ini membuatkan sy seakan terkedu ...sedih ...marah dan tak pernah terlintas akan sy sendiri hadapi di tanah air yg sy amat sayangi ini. Percayakah anda di sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan di negeri ini masih terdapat pelajar yg bukan bumiputera yg TAK DAPAT BERTUTUR dalam bahasa Melayu??? Pelajar sekolah menengah tak pandai cakap Melayu di sebuah sekolah yg bahasa pengantarnya adalah bahasa Melayu, di tanah air bangsa Melayu yg TELAH MERDEKA selama lebih dari setengah abad!!!
Aneh...tapi itulah kenyataan yg kita kena hadapi. 57 tahun merdeka...betul ke...kalau ada warganya sendiri tak tahu nak bercakap dalam bahasa kebangsaan negara yg dia diami. Merdeka ke namanya ini? Masalah sebegini tak dijadikan isu nasional demi menjaga hati sesetengah kaum yg bila kita katakan tidak mempunyai semangat nasionalisme yg kuat...mereka ini akan melenting menafikan. Semua nya berlaku kerana kepentingan politik masing-masing. Sy cukup bimbang dan merasa sedih bila sy fikirkan apa akan jadi pada seratus tahun kehadapan? Masih wujudkah bahasa Melayu sebagai satu daripada ciri-ciri asal tanah Melayu ini...ciri-ciri nasional sebuah negara bernama Malaysia? Bila kita perkatakan tentang bahasa Melayu pun tidak golongan ini merasa penting untuk mereka pelajari.... apakah anda yakin mereka akan pelajari tentang adat resam...adab dan tatacara kaum Melayu yg lain? Dan pemimpin kita di atas sana masih melaungkan 'Satu bahasa...satu budaya...satu negara!'. Betapa dia sendiri mungkin dikelabui dengan fakta-fakta bohong yg diajukan kepadanya sebagai penyedap rasa...demi apa? Demi kepentingan politik mereka. Kalau teras sesebuah negara (melayu sy anggap sebagai teras kepada negara ini menurut pandangan sy peribadi. Tanpa melayu...tak akan pernah wujud sebuah negara yg bernama Malaysia!) tak pernah mereka titik beratkan...apakah anda yakin mereka ini akan senggup menyingsing lengan berkorban darah untuk berjuang demi negara ini? Tanya diri anda...akan anda temukan jawapannya...sy yakin. Tapi kalaulah sy, tak akan pernah sy percayakan golongan ini...golongan yg tak reti nak bercakap bahasa Melayu ini untuk memepertahankan tanah watan bangsa Melayu ini...dan sy tak pernah kisah. Cuma sy pelik...mereka melaungkan kebersamaan di pentas politik sampai tersembur air liur melaungkan itu dan ini bersama-sama....berganding tangan bersama-sama...dan yg Melayu nya tahu bahawa golongan yg mereka ganding tangan ini...anak cucu mereka...ada yg tak PANDAI CAKAP Melayu sepatah pun dan mereka memejamkan mata mereka berlagak seolah ini tak pernah berlaku...sebab apa?
Sekali lagi jawapan yg sama anda temui...kepentingan politik!!! Kesimpulannya....merdeka kah kita? Yakinkah anda? Haha...berfikirlah.
p/s: Selamat menyambut HUT kemedekaan Republik Indonesia!

Rabu, 13 Ogos 2014
Catatan pertama
Salam...
Alhamdulillah, hari ni saya (sy) memulakan blog ini dengan ungkapan " بسم الله الرحمن الرحيم"....
Sy adalah seorang muslim berketurunan melayu yang tinggal di Bukit Mertajam, Pulau Pinang sudah melebihi sepuluh tahun.
Seorang manusia biasa yang (yg) tiada keistimewaan apa-apa dan telah melalui banyak asam garam kehidupan di dunia yg fana ini.
Pernah merantau ke negara tetangga dalam rangka menuntut ilmu.
Apa yg akan sy kongsikan di blog ini adalah dari pandangan sy secara peribadi dan lebih kepada pengalaman yg pernah dialami sendiri oleh sy.
Berkebetulan pula bulan ini negara kita akan menyambut ulang tahun kemerdekaan yg ke-57, insyaAllah sy akan menulis pandangan peribadi sy tentang negara kita tercinta ini.
Sampai jumpa di catatan sy yg seterusnya... insyaAllah.

Langgan:
Catatan (Atom)