Peristiwa ini berlaku sekitar tahun 2007/08 yg mana pada waktu itu aku menyewa di salah sebuah taman perumahan di Seberang Jaya, Pulau Pinang. Di jalan yg kami diami ada sebuah rumah yg selama bertahun aku tinggal di area situ semenjak dari aku bujang sampailah aku mendirikan rumahtangga, rumah itu selalu dibiarkan kosong tak terurus. Rumah tersebut betul-betul menghadap ke lorong kecil yg menuju ke S.K.Seberang Jaya. Kebetulan di lorong belakang abang kandung ku yg menyewa di sana bersama anak isterinya.
Pada masa kejadian ini berlaku masih jelas masa tu aku bersama isteri baru saja sampai dari kg di Pantai Timur sana sekitar pukul 3 pagi. Sepanjang jalan dari kg sampailah ke Seberang Jaya hujan renyai tak berhenti turun. Pada waktu keretaku melalui depan rumah tersebut yg cuma berselang 3 biji rumah dari rumah kami, aku sambil tersenyum melihat rumah itu terang benderang dengan kelihatan dua tiga org anak muda sedang sibuk mengangkat dan menyusun barang2 yg ada di luar rumah."Oh...baru pindah kot", aku berkata pada isteri aku yg baru terbangun dr lena.
Sesampai di rumah kami, selepas mengangkat barang2 dari kereta masuk ke dalam rumah terus aku ke bilik air utk mandi bagi menyegarkan badan sebab aku takut kalau la ikutkan mata utk tidur, maunya nanti dah cerah hari baru aku bangun. Sayang aku nak lepaskan subuh yg dh dekat dah pun. Sambil menunggu waktu subuh sampai, aku dengan cuma berseluar pendek 3/4 dan t-shirt duduklah berehat sambil membaca satu dua majalah Perajurit kegemaran ku dalam bilik.
Tiba-tiba telinga ku terdengar laungan azan. "Eh...sapa yg azan time ni? Subuh tak masuk lagi la...baru pukul 4 lebih..", aku tanya isteri aku yg dijawabnya mudah.. " tak tau!". Tak lama selepas tu...terdengar lagi azan dilaungkan. "Eh...rasanya bunyi azan dekat-dekat sini ja...". Aku pun bagitahu isteri aku yg aku nk keluar tengok siapa yg azan tu. Sampai di pintu rumah, aku nampak budak-budak muda tadi yg sedang melaungkan azan. Kalau tak salah aku mereka berenam...dan semuanya ada di luar rumah. Aku pun bergegas ke rumah tu... sambil memberi salam aku tanya mereka kenapa laung azan. Dan jawapan yg aku dapat dari mereka ialah... " ada hantu bang dalam rumah ni!". Sambil senyum-senyum aku perkenalkan diri aku sebagai jiran mereka dan baru sampai dari kg.
"Hangpa nampak apa?". Aku bertanya pada mereka yg semuanya menunjukkan wajah cemas malah ada yg dah pucat. Ada seorang yg memakai songkok dan seorang lagi berkopiah.
"Ada kelibat lelaki tak berbaju datang dari arah dapur masuk ke bilik belakang bang". Itu jawapan yg mereka beri." Bila kami tengok ke bilik tu...takda orang pun bang", sambung salah seorang dari mereka.
"Lepas tu pintu bilik air duk buka katup ja bang...bila kami tutup. Satgi terbuka balik...siap ada bunyi lagi bang".
" Eh hangpa baru pindah kan? Mana mak ayah hangpa?"
"Kami dari Taiping bang, bapak saya dapat kerja baru kat sini jadi kami pindah lah ke mari. Esok baru depa sampai. Kami ni datang nk angkat barang, depa ni kawan-kawan kolej saya", kata salah seorang dari budak-budak tu.
" Abg nak minta izin nk masuk tengok dalam boleh kan?"
"Jangan bang, ada hantu."
"Hantu ni kalau kita tunjuk yg kita ni takut dengan dia, lagi seronok la dia nak mengacau", kata aku sambil melangkah untuk masuk ke rumah tersebut. Selepas bagi salam dan membaca satu dua ayat-ayat suci al-Quran sebagai memohon perlindungan diri dari Yang Maha Kuasa, aku mula melangkah sambil diikuti oleh pemuda yg bersongkok. Teman-teman dia yang lain semua masih tak bergerak cuma memerhatikan kami dari luar rumah.
" Pintu ni ke yg terbuka dan tertutup sendiri tu?", kata aku di depan pintu bilik air yg masih terbuka luas.
"Ya bang" jawab mamat bersongkok tu.
Aku terus menutup balik pintu tu dan menguncinya dengan mengikat tali yg memang sedia ada di pintu tersebut sambil mulut ku berkata, "lain kali tutup kena ikat balik pintu ni...td hangpa tak ikat...senang terbuka katup kena angin".
Sesudah itu aku pun menuju ke bilik belakang sambil terus diekori mamat tu haa... Lampu dah terpasang dan rumah tu pun memang baru dicat oleh tuan rumah. ...warna putih. Selepas pasti tiada apa yg perlu ditakutkan aku berjalan ke sofa yg dah tersusun di ruang tamu sambil menyuruh mereka yg lain masuk.
" Okla...abg temankan hangpa sampai azan subuh, pastu abg nk balik rumah abg depan tu. Mai la duk dalam...". Setelah semua masuk, kami pun mula bersembang ke sana ke mari seolah-olah tiada apa masalah pun yg berlaku dlm rumah tu. Tengah rancak bergossip... berkumandanglah suara mengaji yg dilaungkan dr masjid Seberang Jaya yg terletak tak berapa jauh pun dari rumah kami menandakan waktu subuh dekat dah. Pintu bilik air dah tak terbuka, mungkin sebab dah terikat. Aku pun bangkit dan berkata nak tengok bilik belakang tu sekali lagi... Kami pun masuk lah ke bilik tu beramai-ramai. Masuk-masuk je ke dalam bilik tu...semua menjerit (kecuali aku sorang ja...cool...haha). Nak tahu apa yang kami nampak? Betul-betul di dinding yg baru dicat putih tu ada bekas tapak kaki 3 pasang, yg besar...sedang dan kecil sangat...macam tapak kaki budak umur 2,3 tahun. Bekas tapak kaki tu jelas terpampang depan mata kami di dinding yg putih seputih kapas...dan tapak kaki tersebut bergerak dari bawah sampailah ke siling dan hilang di situ... Maknanya hantu tu berjalan cam spiderman kat dinding tu...
"Dia nak bagitahu kita yg dia ada kat sini", itu yg aku katakan kepada budak-budak muda tu. Selepas tu kami pun keluar dan berkumpul di depan rumah. Memandangkan subuh dah masuk, seperti yg aku dah bagitahu mereka sebelum ni...aku pun minta izin untuk balik ke rumah dahulu.
Sambil meninggalkan nombor telefon aku pun bercerita la yg rumah tu dh bertahun tak berpenghuni. Orang-orang area sini dah banyak yg bercakap pasal rumah tu....rumah berhantu. Dari info yang aku dapat selepas kejadian tu...ada yg mengatakan dulu rumah tersebut dihuni oleh sepasang suami isteri dan seorang budak lelaki anak mereka yg berketurunan India. Dan mereka mengatakan yg ketiga-tiga org ini ditemui mati di dalam rumah tersebut... mati disebabkan bunuh diri. Wallahualam...aku pun tak pasti benar atau salah.
Yang aku tau pasti, esoknya mereka angkat balik barang mereka dan tak jadi berpindah ke rumah tersebut. Dan aku rasa itu tindakan terbaik buat mereka. Sampai ke hari ini aku tak pernah dihubungi oleh mereka walau aku dah bagi pun no handphone aku. Seandainya ada antara mereka ni yg terbaca kisah ni.. Aku harap sangat utk hubungi aku..bukan apapun...sebab aku masih tertanya-tanya apa kesudahan sebenar yg terjadi pada mereka hari tu....mcm tergantung ja dlm kepala aku. Untuk pengetahuan pembaca...rumah yg aku maksudkan ni...beberapa bulan selepas peristiwa tersebut, dahpun dihuni oleh satu keluarga india...mungkin tuan rumah sayang sebab dah perbaiki dan dicat baru takkan nak biarkan kosong mcm dulu balik. Yg aku tahu...keluarga ni pun bukan selalu ada kat rumah tu. Dalam sebulan dua bulan sekali kelihatan batang hidung depa yg mancung tu kat situ.
p/s: aku sampai ke hari ni masih lagi berguru...menuntut ilmu dunia dan akhirat yg takkan pernah habis. Pada waktu kejadian tu, aku sedang bersemangat menuntut ilmu... Haha...sebenarnya tujuan aku bgtahu tu...apapun yg kita alami... Pergunakanlah ilmu yg ada dan jangan sesekali melakukan pekerjaan tanpa ilmu. Kalau memang kita takda ilmu tentang sesuatu...jangan nak berlagak pandai.
Lebih baik mengaku jer...tak reti. Bukan nya kena bayar pun kalau ngaku...
Wallahualam....