Selasa, 19 Ogos 2014

MELAYU....betapa baiknya bangsaku.

    Jam dh menunjukkan lewat pukul 6. Sambil merehatkan badan...tiba-tiba datang fikiran untuk menyambung catatanku yg sebelum ni. Terlintas beberapa pengalaman yg pernah aku sendiri alami yg kadang-kadang buat aku tertanya-tanya pada diri sendiri...biarlah pertanyaan tu aku simpan. Moga-moga ada antara sesiapa yg membaca catatanku kali ini memperoleh bayangan apa pertanyaan yg berlegar dalam kepalaku tersebut.
      Pengalamanku selama 4 setengah tahun di negara seberang, Indonesia, banyak mengajarku erti sebenar tentang sebuah bangsa. Di sana, ada beribu dialek pertuturan namun mereka semua disatukan oleh satu bahasa nasional iaitu bahasa Indonesia. Tiada keturunan Cina atau India yg mempunyai nama seperti keturunan yg sama di Malaysia. Maksudku, keturunan Cina maupun India di sana akan tetap mempunyai nama yg bercirikan bangsa Indonesia. Contoh yg selalu kita dengar...Ardi Wiranata dan Rudy Hartono, dua tokoh dari sukan badminton yg terkenal dari negara tersebut. Mereka berketurunan Cina, tapi tiada yg dapat menduga jika dari nama mereka yg jelas-jelas tidak dapat dibezakan dengan Joko Suprianto dari segi ke-Indonesia-an nama mereka.
      Pertama kali menjejakkan kaki ke sana saja aku dah terkedu. Teman-teman sekampus yg berketurunan Cina kadang-kadang pertuturan mereka dalam bahasa Indonesia lebih baik daripada kaum pribumi (bumiputera) yg turut menjadi sahabatku. Bandingkan di negara kita...hahahaha....seakan langit dan bumi je terasa bezanya (maaf kalau ada yg terasa tapi memang itulah kenyataannya situasi yg kita alami di Malaysia setiap hari). Sampai sempat terfikir olehku, masih ada yg boleh kita pelajari dari negara tetangga kita tersebut.
      Pada suatu malam, sekitar selepas maghrib, aku dan beberapa kawan sepermainan berada di dalam sebuah kedai bakeri di kawasan taman perumahan yg aku tinggal (sekarang pun masih di situ juga). Kejadian ini berlaku sekitar 3 atau 4 tahun yg lalu. Sewaktu kami asyik bercerita tiba-tiba masuk segerombolan anak muda yg berketurunan bukan bumiputera masuk ke dalam kedai sambil membawa sebiji kek yg tertancap beberapa batang lilin di atasnya yg secara otomatik di kepalaku beranggapan mereka ini ingin menyambut hari lahir seorang antara mereka la kot. Tetapi  kejadian yg berlaku selepas itu benar-benar membuat tanggapan aku selama ini berubah sampailah ke hari ini. Anak-anak muda tadi yg begitu ceria dan riuh bergurau senda antara mereka tiba-tiba terdiam dan saling memandang kami dan para pekerja yg ada. Salah seorang antara mereka ini bertanya "mana tauke?" dan dijawab oleh    seorang pekerja "oh...ini kedai sudah tukar tauke. Sekarang orang melayu sudah beli ini kedai". Dan mereka, anak-anak muda tadi tanpa ada siapa yg bagi arahan terus mengangkat kek yg mereka bawa dan berlari keluar tanpa berkata apapun. Aneh kan? Tapi itulah kenyataan yg berlaku di Malaysia amnya...dan di Pulau Pinang khususnya.
    Bukan maksudku untuk mengecilkan kempen dan program yg telah kerajaan selalu laungkan. Tapi adalah menjadi rahsia umum kita semua tahu yg semakin hari hubungan antara kaum di negara kita ini bukan sebenarnya mendekati apa yg dicapai Indonesia tetapi semakin menjauh. Mudah-mudahan Allah peliharakan kita semua dari sebarang kekacauan tetapi aku yakin seandainya kita masih memandang isu sebegini dengan berpura-pura tidak tahu atau memang tak mahu ambil tahu, lama kelamaan jurang antara kaum di negara kita akan semakin jauh sehinggalah nanti tidak mampu lagi kita rapatkan selain dari berlaku sesuatu aturan dari Yang Maha Kuasa yg dapat mengubah semuanya kembali ke asal seperti waktu mereka ini pertama kali datuk nenek mereka menjejakkan kaki di tanah tumpah darah orang Melayu ini.
      Ingin sekali aku tanyakan pada mereka ini, tahu kah mereka bagaimana waktu pertama kali nenek moyang mereka menjejakkan kaki ke Tanah Melayu ini? Di mana nenek moyang mereka tinggal? Atas tanah siapakah rumah pertama mereka berdiri? Di mana pula mereka ini mencari sesuap nasi untuk mengisi perut mereka setiap hari? Tanyalah generasi anak muda ini, dapatkan jawapan dari mereka. Bukan maksudnya untuk mereka merasa dihina...tapi sekurang-kurangnya mereka sedar. Kalau dulu bangsaku ini jahat dan tidak berhati perut, apakah mungkin mereka mampu menjadi senang lenang seperti yg dikecapi anak cucu mereka ini...yang nampaknya sudah mula lupa akan asal usul mereka. Malah sudah pandai berkata-kata yg cukup kurang ajar seperti apa yg berlaku kepada seorang pegawai polis berketurunan melayu di lapangan terbang Bayan Lepas beberapa tahun yg lalu... "Ini negeri cina...polis melayu....bla...bla...". Nampak sangat mereka lupa bagaimana layanan bangsa Melayu waktu nenek moyang mereka pertama kali datang mencium tanah air orang Melayu ini...menadah tangan memohon rezeki dari tuan tanah pada waktu itu yg rata-ratanya adalah orang Melayu. 
      Sedarlah rakyat Malaysia walau dari mana asalmu, memang bangsa Melayu adalah bangsa yg cukup bermurah hati...bangsa yg selalu mengalah dan tidak membalas. Namun janganlah sesekali kami diinjak berterusan...sebab seandainya masih juga mereka lupa...suatu saat nanti, jangan pula mereka menyesali nasib mereka apabila bangsaku yg baik ini hilang kesabaran mereka akibat ulah anak cucu kaum yg dulu meminta simpati dari nenek moyang bangsa Melayu yg baik ini.

TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA

Wallahualam....

Ahad, 17 Ogos 2014

MERDEKA: Alangkah baiknya jika...

Salam...
       Alhamdulillah kerana saya (sy) masih  diberi kesempatan utk menulis sesuatu yg sebenarnya selalu ja bermain kat kepala sy ni.
Apa yg akan sy nyatakan pd catatan kali ini adalah pandangan peribadi sy dan dari pemerhatian sy yg dah lama terbuku dan terhimpit dalam dada ni...sampai kadang-kadang sesak dada ni ha...melihat sesuatu yg bagi sy yidak  sepatutnya berlaku pada sebuah negara yg hampir 57 thn merdeka.
       Merdeka. Satu kata nama yg sy rasa hampir semua orang yg pernah belajar bahasa Melayu/Malaysia akan faham akan ertinya yg tersurat. Persoalannya yg akan saya tulis di sini...merdeka kah kita dari ertikata yg tersirat? Saya tak berminat bercakap tentang isu politik kerana dari kecil sy telah menanamkan dalam jiwa sy betapa sistem politik yg kita amalkan adalah antara punca yg menyebabkan kita tak dapat menghalusi makna kemerdekaan itu sendiri. Pengalaman yg sy pernah alami sendiri di negeri 'Pulau Mutiara' ini membuatkan sy seakan terkedu ...sedih ...marah dan tak pernah terlintas akan sy sendiri hadapi di tanah air yg sy amat sayangi ini. Percayakah anda di sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan di negeri ini masih terdapat pelajar yg bukan bumiputera yg TAK DAPAT BERTUTUR dalam bahasa Melayu??? Pelajar sekolah menengah tak pandai cakap Melayu di sebuah sekolah yg bahasa pengantarnya adalah bahasa Melayu, di tanah air bangsa Melayu yg TELAH MERDEKA selama lebih dari setengah abad!!!
Aneh...tapi itulah kenyataan yg kita kena hadapi. 57 tahun merdeka...betul ke...kalau ada warganya sendiri tak tahu nak bercakap dalam bahasa kebangsaan negara yg dia diami. Merdeka ke namanya ini? Masalah sebegini tak dijadikan isu nasional demi menjaga hati sesetengah kaum yg bila kita katakan tidak mempunyai semangat nasionalisme yg kuat...mereka ini akan melenting menafikan. Semua nya berlaku kerana kepentingan politik masing-masing. Sy cukup bimbang dan merasa sedih bila sy fikirkan apa akan jadi pada seratus tahun kehadapan? Masih wujudkah bahasa Melayu sebagai satu daripada ciri-ciri asal tanah Melayu ini...ciri-ciri nasional sebuah negara bernama Malaysia? Bila kita perkatakan tentang bahasa Melayu pun tidak golongan ini merasa penting untuk mereka pelajari.... apakah anda yakin mereka akan pelajari tentang adat resam...adab dan tatacara kaum Melayu yg lain? Dan pemimpin kita di atas sana masih melaungkan 'Satu bahasa...satu budaya...satu negara!'. Betapa dia sendiri mungkin dikelabui dengan fakta-fakta bohong yg diajukan kepadanya sebagai penyedap rasa...demi apa? Demi kepentingan politik mereka. Kalau teras sesebuah negara (melayu sy anggap sebagai teras kepada negara ini menurut pandangan sy peribadi. Tanpa melayu...tak akan pernah wujud sebuah negara yg bernama Malaysia!) tak pernah mereka titik beratkan...apakah anda yakin mereka ini akan senggup menyingsing lengan berkorban darah untuk berjuang demi negara ini? Tanya diri anda...akan anda temukan jawapannya...sy yakin. Tapi kalaulah sy, tak akan pernah sy percayakan golongan ini...golongan yg tak reti nak bercakap bahasa Melayu ini untuk memepertahankan tanah watan bangsa Melayu ini...dan sy tak pernah kisah. Cuma sy pelik...mereka melaungkan kebersamaan di pentas politik sampai tersembur air liur melaungkan itu dan ini bersama-sama....berganding tangan bersama-sama...dan yg Melayu nya tahu bahawa golongan yg mereka ganding tangan ini...anak cucu mereka...ada yg tak PANDAI CAKAP Melayu sepatah pun dan mereka memejamkan mata mereka berlagak seolah ini tak pernah berlaku...sebab apa?
Sekali lagi jawapan yg sama anda temui...kepentingan politik!!!  Kesimpulannya....merdeka kah kita? Yakinkah anda? Haha...berfikirlah.

p/s: Selamat menyambut HUT kemedekaan Republik Indonesia!

Rabu, 13 Ogos 2014

Catatan pertama

Salam...

Alhamdulillah, hari ni saya (sy) memulakan blog ini dengan ungkapan " بسم الله الرحمن الرحيم"....
Sy adalah seorang muslim berketurunan melayu yang tinggal di Bukit Mertajam, Pulau Pinang sudah melebihi sepuluh tahun.
Seorang manusia biasa yang (yg) tiada keistimewaan apa-apa dan telah melalui banyak asam garam kehidupan di dunia yg fana ini.
Pernah merantau ke negara tetangga dalam rangka menuntut ilmu.
Apa yg akan sy kongsikan di blog ini adalah dari pandangan sy secara peribadi dan lebih kepada pengalaman yg pernah dialami sendiri oleh sy.
Berkebetulan pula bulan ini negara kita akan menyambut ulang tahun kemerdekaan yg ke-57, insyaAllah sy akan menulis pandangan peribadi sy tentang negara kita tercinta ini.
Sampai jumpa di catatan sy yg seterusnya... insyaAllah.

KuBukanSesiapa